Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Usahama Strategik antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Usahasama Strategik antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan kolaborasi projek ubahsuai dan menaiktaraf jentera Crawler untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti di ladang-ladang PKPP. Projek ini telah dijalankan oleh penyelidik Pusat kejuruteraan Automotif dan Pusat Reka Bentuk Inovasi Teknologi UMP.


MoU ini telah dimeterai oleh kedua-dua belah pihak iaitu YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan YH Dato’ Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh mewakili PKPP manakala YH Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin dan Professor Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli mewakili UMP.


Acara seterusnya ialah Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Penyelidikan Penghasilan Makanan Ternakan Dari Sisa Sawit Antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan International Islamic University Malaysia (IIUM). Projek ini bertujuan untuk membangunkan formulasi palet makanan lembu pedaging dan tenusu yang berkualiti di pasaran.

PKPP telah menyalurkan geran penyelidikan berjumlah RM331 ribu kepada IIUM bagi tujuan penyelidikan penghasilan makanan ternakan berasaskan sisa sawit yang berpotensi dan berdaya maju untuk dikembangkan.


MoA ini telah dimeterai oleh kedua-dua belah pihak iaitu YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan YH Dato’ Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh mewakili PKPP manakala YBhg Prof. Amir Akramin bin Shafie dan Prof Madya Ts. Dr. Armi bin Abu Samah mewakili IIUM.


Kedua-dua acara ini telah berlangsung pada 26 Mei 2023 di Hotel Corus Kuala Lumpur dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang turut dihadiri oleh Lembaga Pengarah PKPP, Pengurusan PKPP, Pengurusan LKPP Corporation Sdn. Bhd., delegasi UMP dan IIUM. Semoga usaha ini memberi manfaat bersama.


img
img

img
img

img
img