Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke-65 Peringkat Negeri Pahang

     Kuantan, 31 Ogos 2022 - Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke-65 peringkat Negeri Pahang dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama telah berlangsung di Padang MBK 4, Jalan Kemunting, Kuantan. PKPP seperti kelaziman telah menghantar kontinjen bagi menyertai acara perbarisan bagi sambutan berkenaan yang beberapa tahun kebelakangan tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik.


Kontinjen PKPP telah dianggotai oleh 31 orang pegawai dan anggota perkhidmatan yang diketuai oleh Encik Nor Amei bin Mohd Nor dengan mengenakan pakaian berbilang bangsa bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.


PKPP telah diumumkan sebagai juara perbarisan bagi komponen Pendokong Kemakmuran Negara. Tahniah dan syabas.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img