LAWATAN PENGURUSAN PKPP KE LADANG SRI KEMPAS

     Lawatan Pengurusan PKPP ke Ladang Sri Kempas, Nenasi, Pekan telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2020 (Khamis). Lawatan ini dihadiri oleh barisan Pengurusan PKPP dan Ejen Pengurusan Anak Syarikat LKPP Corporation Sdn. Bhd. Program lawatan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PKPP selaku Urusetia Program


Program Lawatan Pengurusan PKPP ke ladang-ladang PKPP merupakan salah satu program tahunan yang diadakan bertujuan untuk memantau prestasi dan keadaan semasa ladang PKPP bagi memastikan prestasi dan kemajuan ladang sentiasa berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Pihak ladang juga turut menunjukkan demonstrasi penggunaan mekanisasi Crawler dan Grabber yang digunakan bagi memaksimumkan produktiviti kerja-kerja penuaian di ladang. YH. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif juga turut berkesempatan melakukan percubaan mengendalikan kedua-dua mesin-mesin tersebut.


img
img

img
img

img
img

img
img

img
img