Lawatan Pengurusan PKPP Ke Ladang Alur Seri Dan Ulu Lepar

     07 April 2021 – Ketibaan YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif ke Ladang Alur Seri dan Ulu Lepar diiringi oleh Puan Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Pengurusan Kanan serta Pegawai-pegawai PKPP. Pengurusan LKPP Corporation Sdn. Bhd. bersama Pengurusan Ladang Alur Seri dan Pengurusan Ladang Ulu Lepar mengalu-alukan kehadiran YH. Dato' Suhaimi bin Mohd Yunus serta barisan Pengurusan PKPP dengan paluan kompang dan persembahan Seni Silat Gayong Ma'arifat, Jengka 5, Pahang.


Pengurusan LKPP Corporation Sdn. Bhd. bersama Pengurusan Ladang Alur Seri dan Pengurusan Ladang Ulu Lepar mengiringi YH. Dato', barisan Pengurusan PKPP melakukan tinjauan ke Ladang Alur Seri bagi melihat kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti stor baja, rumah pekerja, loji rawatan air dan lain-lain kemudahan dalam mematuhi prosedur pensijilan MSPO. Sebaik sahaja selesai lawatan ke ladang, sesi taklimat kemajuan prestasi ladang telah disampaikan oleh Pengurus-pengurus Ladang bagi Ladang Alur Seri oleh Encik Misnan bin Nordin manakala Ladang Ulu Lepar pula oleh Encik Mohd Zulhashin bin Din.

img
img

img
img