Sekitar Lawatan ke Projek Pemajuan Kawasan (PPK), Kg Paya Laman, Lachang, Temerloh.

     PPK Kg Paya Laman merupakan projek pembangunan infrastruktur asas untuk kawasan penempatan 127 lot tapak rumah penduduk kampung. Sebahagian lot tanah tersebut telah siap dibina rumah oleh penduduk kampung.


PKPP telah dilantik oleh KKDW sebagai agensi pelaksana dan pembayar utk PPK Kg Paya Laman dengan peruntukan sebanyak RM18 juta. PKPP telah melantik LPSB sebagai pengurus projek.


Skop pelaksanaan projek melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan jalan, longkang, dewan serbaguna, surau, tangki air, rumah pam, padang permainan, gelanggang futsal serta bekalan air dan elektrik untuk dimanfaatkan penduduk Kg Paya Laman.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img