Majlis Penyerahan Sumbangan PKPP Kepada Anggota De Rhu Beach Resort Sempena Hari Raya Aidiladha 2021

     Kuantan, 16 Julai 2021 – Majlis telah diserikan dengan kehadiran YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif diiringi Puan Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Cik Emilia binti Zainal Abidin, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Reza bin Abdul Rashid selaku Pengurus Besar Kenanga Utuh Sdn. Bhd. (KUSB) berserta barisan pengurusan KUSB ke acara ini.


KUSB merupakan syarikat milik PKPP yang menjalankan perniagaan perhotelan yang dikenali sebagai De Rhu Beach Resort, Sg. Karang, Kuantan. Semenjak negara dilanda musibah pandemik covid-19, sektor pelancongan tidak terkecuali mengalami kerugian kerana tidak dapat beroperasi sepenuhnya dan pendapatan turut terjejas. Justeru, PKPP telah bersetuju untuk memberi sumbangan kepada anggota KUSB dalam mengurangkan bebanan yang dihadapi. Sumbangan ini merupakan tahun kedua diberikan kepada anggota KUSB yang turut terkesan dengan pandemik covid-19. Pada kali ini, seramai 80 orang anggota menerima sumbangan daripada pihak PKPP berjumlah RM500/orang dalam membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidiladha yang telah disampaikan oleh YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif.


YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif turut mengingati kepada semua untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dalam memutuskan rantaian wabak covid-19. Hal ini perlu dipandang serius memandangkan kes covid-19 semakin meningkat pada setiap hari dengan varian-varian baharu yang muncul dalam wabak ini. Justeru, sama-sama menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta mengambil vaksin segera sebagai langkah pencegahan penularan wabak covid-19 dan berdoa semoga wabak ini segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

img
img