Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Lipis

     KUALA LIPIS, 3 JULAI 2022 : Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Lipis merupakan program anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap untuk mengurus perniagaan menerusi bimbingan dan kursus yang dilaksanakan oleh KPLB.


Seramai 130 usahawan dari pelbagai agensi di bawah KPLB dan usahawan tempatan di bawah kelolaan Majlis Daerah Lipis telah menyertai program ini mengikut kategori seperti makanan dan minuman, pakaian, kecantikan dan kesihatan, kraftangan serta produk pertanian.


PKPP merupakan antara 6 agensi kerajaan yang dijemput oleh KPLB sebagai pempamer. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di booth PKPP adalah pendaftaran program latihan perladangan dan pertanian PKPP, promosi penginapan DRBR, promosi pembelian rumah LKPP Property Sdn. Bhd., pendaftaran SKPLB, kuiz sawit dan pertandingan teka buah sawit.

img
img

img
img

img
img