Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Ke Kilang IKS PKPP Di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Sg. Soi, Kuantan

     Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menganjurkan Bengkel Semakan Dasar dan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar KPLB di De Rhu Beach Resort pada 5 – 7 September 2020 (Sabtu – Isnin). PKPP sebagai tuan rumah dan menyelaras satu lawatan ke Kilang IKS PKPP Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Sg. Soi, Kuantan pada 7 September 2020 (Isnin) lalu.


Lawatan ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB dan rombongan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Dasar KPLB. Lawatan dimulai dengan taklimat ringkas mengenai latar belakang Kilang IKS PPD Sg. Soi seterusnya lawatan ke kilang dan bengkel berdekatan.


Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Sg. Soi merupakan antara terawal dibina di Pahang. Melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke 6, 9 dan 11 sebanyak 32 unit kilang / bengkel dibina bagi membangunkan dan mewujudkan hub perniagaan IKS bumiputera dengan menyediakan tempat perniagaan yang kondusif dan kadar sewaan yang paling berpatutan di daerah Kuantan. Sehingga September 2020, terdapat lebih 32 penyewa kilang dan bengkel yang terdiri dari pelbagai jenis perniagaan antaranya pembuatan dan pemprosesan makanan, kimpalan besi, kerja-kerja elektrikal dan lain-lain.

img
img

img
img

img
img

img
img