Perasmian Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) Bil. 1/2023

Perasmian Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat PKPP (KESUKIP) Bil. 1/2023 oleh YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif berlangsung pada 11 Ogos 2023 di Dewan ILI, PKPP.


Latar belakang penubuhan KESUKIP melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penaja bertarikh 16 Januari 2023 yang dianggotai oleh 12 orang ahli telah bersetuju dengan penubuhan KESUKIP.


Antara matlamat penubuhan KESUKIP adalah bagi menjalankan kegiatan kebajikan dan sukan, aktiviti sosial dan rekreasi, bergabung dengan mana-mana Pertubuhan Negeri / Kebangsaan yang mempunyai tujuan-tujuan yang sama, menganjurkan sebarang aktiviti, pertandingan, kejohanan yang tidak menyalahi undang-undang serta menjalankan aktiviti amal dan sumbangan kepada Anggota Perkhidmatan dan ahli keluarga Anggota Perkhidmatan.


Dalam ucapan perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan status semasa komposisi kelab sukan dan kebajikan di peringkat kumpulan syarikat. Beliau berharap dengan matlamat penubuhan KESUKIP semua ahli dapat bergiat aktif dalam setiap penyertaan aktiviti yang dianjurkan oleh kelab selain perlu kekal konsisten dalam sukan yang diceburi.


Akhir kata, beliau berharap melalui aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan silaturahim di samping memperoleh manfaat pembelajaran daripada pelaksanaan program tersebut.


Majlis berakhir dengan sesi acara Gimik Perasmian KESUKIP serta sesi pemilihan jawatankuasa untuk sesi 2023/2025.


img
img

img
img

img
img