Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat secara pemangkuan dan time-based berasaskan kecemerlangan (TBK1)

Seramai empat orang anggota perkhidmatan telah menerima surat kenaikan pangkat secara pemangkuan dan dua orang menerima surat kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan (TBK1) dalam satu majlis yang diadakan pada 11 Ogos 2023 bertempat di Dewan ILI, bersebelahan bangunan PKPP.


Ketua Pegawai Eksekutif yang menyampaikan surat berkenaan kepada semua penerima mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian yang diterima. Beliau berharap kesemua penerima dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin serta dapat memantapkan budaya kerja yang lebih efisien dan cemerlang dalam memastikan kejayaan PKPP yang berterusan.


img
img

img
img

img
img