Majlis Perjumpaan YH. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP

     Kesinambungan tradisi pada setiap awal tahun diteruskan dengan Majlis Perjumpaan YH. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP. Majlis yang diadakan pada 18 Januari 2022 bertempat di Dewan ILI PKPP turut dihadiri oleh Pengurusan Kanan PKPP.


Bagi memastikan pematuhan kepada SOP, majlis dipecahkan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi bagi anggota perkhidmatan gred 29 dan ke atas manakala sesi petang pula bagi gred 26 dan ke bawah. Kedua-dua sesi mempunyai agenda yang sama.


Ketua Pegawai Eksekutif menekankan tentang peranan semua anggota perkhidmatan dalam memastikan PKPP terus mengecapi kejayaan. Untuk itu, beliau mengetengahkan serta turut menghuraikan secara ringkas mengenai Model Pengurusan McKinsey untuk difahami, dihayati dan diamalkan di dalam operasi PKPP. Antara lain model ini menggariskan 7 faktor yang diperlukan untuk kekal berjaya iaitu Strategy, Structure, Systems, Skills, Staff, Style dan Shared Values.


Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif mengajak semua anggota perkhidmatan untuk mengadaptasi konsep Keluarga Malaysia dalam mewujudkan pula satu konsep Keluarga PKPP. Ini bagi memastikan suasana kerja yang kondusif dan saling hormat menghormati. Di akhir majlis, anggota perkhidmatan turut diberi peluang untuk memberi idea, buah fikiran serta berkongsi masalah untuk diselesaikan di peringkat yang sesuai.

img
img

img
img

img
img