Sambutan Jubli Emas PKPP

     Tarikh 15 November setiap tahun merupakan tarikh penting kepada anggota perkhidmatan PKPP kerana ia merupakan ulang tahun penubuhan PKPP. Lebih penting lagi, 15 November pada tahun 2019 adalah ulang tahun ke-50 iaitu Sambutan Jubli Emas. Bersempena dengan sambutan Jubli Emas, pada tarikh berkenaan satu acara memotong pulut kuning telah di adakan di PKPP yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus dan dihadiri oleh semua anggota perkhidmatan PKPP.

      Di sebelah petangnya pula, satu acara memotong kek diatur yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar (serentak dengan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKPP). Di dalam ucapannya, YAB Menteri Besar mengharapkan supaya pada tanda 50 tahun ini memberi petunjuk jelas tentang kestabilan dan kematangan PKPP dalam mengharungi cabaran pada masa akan datang.

      Di sebelah malamnya pula, diadakan acara penyampaian sumbangan kepada anggota perkhidmatan Kumpulan PKPP yang mengalami penyakit kronik serta majlis Tahlil dan Solat Hajat di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah 1.

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img