Kunjungan Hormat Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).

     Kuantan, PKPP - Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu telah melakukan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) pada 3 Mac 2022. Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pejabat SUK Terengganu serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari negeri berkenaan.


Di pihak PKPP, YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif serta pengurusan kanan PKPP dan anak-anak syarikat PKPP mengalu-alukan kehadiran delegasi buat julung kali ini untuk berbincang dan berkongsi mengenai selok-belok penubuhan, fungsi, peranan serta cabaran agensi yang terlibat di sektor pertanian seperti PKPP di dalam meningkatkan sosio dan ekonomi negeri.


Majlis bermula dengan tayangan video korporat dan diteruskan pembentangan mengenai pengurusan dan operasi PKPP yang telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP serta sesi soal jawab kedua-dua belah pihak. Kesimpulan yang dapat diperoleh daripada sesi ini adalah pengetahuan dan kepakaran amatlah kritikal di dalam memastikan kejayaan sesuatu perkara yang diceburi.


Kedua-dua pihak berharap agar perkongsian ilmu berkenaan tidak hanya terhenti setakat ini dan akan berterusan pada masa akan datang. Di akhir majlis, kedua-dua pihak saling bertukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

img
img

img
img

img
img

img
img