Pelaksanaan Ddms 2.0 Fasa II Go-Live Rekod Rahsia Rasmi

     Kuantan, 22 - 23 Mac 2021 – Sesi latihan mengenai pelaksanaan DDMS 2.0 Fasa II bagi Rekod Rahsia Rasmi telah disampaikan oleh Encik Mohd Haizad bin Samian, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU kepada anggota perkhidmatan PKPP. Latihan ini bertujuan untuk penambahbaikan sistem DDMS sedia ada kepada rekod manager dan end user. Di samping itu, pelaksanaan sistem DDMS 2.0 klasifikasi fail sulit turut diwujudkan dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Encik Mohd Haizad bin Samian.


Diharapkan anggota perkhidmatan dapat mempertingkatkan kecekapan dalam pengendalian dokumen rahsia rasmi yang lebih sistematik dan integriti berasaskan amalan yang diguna pakai serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU. Penyampaian cenderahati turut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil sebagai tanda penghargaan kepada Encik Mohd Haizad bin Samian.

img
img

img
img

img
img