Pertandingan Bowling Tertutup Antara Bahagian PKPP

     KUANTAN - Pertandingan Bowling Tertutup Antara Bahagian telah diadakan pada 15 Februari 2020 bertempat di Mega Lanes, Berjaya Megalanes, Kuantan. Program ini merupakan salah satu program yang telah dirangka bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang.


Program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi, semangat bekerjasama dan berpasukan di kalangan Anggota Perkhidmatan PKPP. Disamping ianya bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan aktiviti kesukanan, kecerdasan serta menyihatkan di kalangan kakitangan kerajaan.


Pertandingan ini melibatkan sebanyak 7 pasukan yang mewakili setiap Bahagian dan Unit di PKPP. Johan berpasukan telah dimenangi oleh Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia sementara Unit Audit Dalam menduduki Naib Johan. Tempat ke-Tiga jatuh kepada Bahagian Kewangan.


Johan Perseorangan Lelaki jatuh kepada Encik Nur Afiq Hakim bin Nazaruddin dari Unit Audit Dalam yang telah menjatuhkan 863 pin.


Sementara Johan Persorangan wanita pula jatuh kepada Puan Hajah Nor Lili Binti Mohd Amin dari Unit Audit dalam yang telah menjatuhkan 687 pin.


Acara ini telah dicadang untuk diadakan secara dwi tahunan di samping dapat mengenalpasti pemain-pemain yang berkebolehan untuk diserap ke pasukan bowling PKPP bagi temasya Sukan MAKSPEN. Tahniah diucapakan kepada pemenang-pemenang!

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img

img
img
<


img
img


img
img


img