Bengkel Penyediaan Garis Panduan Permohonan Proses Pindah Penama dan Pemilihan Peserta (Sara Hidup/ Saham) Rancangan Sosial PKPP

     Bengkel Penyediaan Garis Panduan Permohonan Proses Pindah Penama dan Pemilihan Peserta (Sara Hidup/ Saham) Rancangan Sosial PKPP telah diadakan pada 17 -18 Januari 2023 di Royale Chulan Damansara dengan penyertaan anggota seramai 20 orang yang terdiri daripada Seksyen Pembangunan PKPP.


Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyediakan garis panduan permohonan pindah penama dan pemilihan peserta (sara hidup / saham) Rancangan Sosial PKPP yang lengkap untuk kegunaan PKPP, peserta dan pihak yang berkepentingan. Antara aspek penekanan dalam garis panduan ini merangkumi syarat-syarat kelayakan permohonan oleh pemohon (waris), kategori pemohon tidak layak, kadar bayaran dan penamatan bayaran.


Semoga garis panduan ini dapat diguna pakai dan menjadi rujukan kepada PKPP bagi proses pindah penama dan pemilihan peserta berkelayakan dalam memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan

img
img

img
img

img
img

img
img