Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan Ke Tabung Bencana Negeri Pahang

     Kuantan, 08 Februari 2021 – Prihatin akan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di negeri ini, PKPP telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Tabung Bencana Negeri Pahang. Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPP, YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus kepada Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.


Acara yang turut melibatkan penyampaian sumbangan daripada beberapa lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Pahang Corporation, Pengurusan Pasir Pahang Berhad, Yayasan Pahang, Amanah Saham Pahang Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang telah berlangsung di Pejabat Menteri Besar Pahang. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mangsa banjir dalam menjalani kehidupan.

img