Program Gotong-Royong Pasca Banjir Di Kawasan Kampung Angkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

     Karak, 01-02 Jan 2022 - PKPP telah menghantar seramai 14 orang Skuad Sukarelawan di bawah Jawatankuasa Bencana PKPP ke Program Gotong-Royong Pasca Banjir di Kawasan Kampung Angkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).


Seramai lebih kurang 700 orang sukarelawan yang terdiri daripada beberapa buah agensi kerajaan di bawah KPLB telah hadir menyertai program tersebut antaranya dari MARA, KEMAS, RISDA, FELCRA, JAKOA, KETENGAH, KEJORA dan lain-lain agensi. Selama dua (2) hari tersebut, program gotong-royong telah tertumpu di kawasan Masjid Karak Setia, Bentong dan rumah-rumah di sekitarnya.


Program tersebut juga telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPLB, Timbalan Setiausaha KPLB, Pengarah KPLB Negeri Pahang dan Ketua-ketua Jabatan agensi masing-masing yang turut serta membantu para sukarelawan dalam membersihkan rumah-rumah penduduk setempat yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

img
img

img
img

img
img