Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKPP Tahun 2022

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 PKPP telah diadakan pada 20 September 2023 di Grand Darul Makmur. Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob bagi menyempurnakan sesi perasmian dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada semua penerima.


Dalam ucapan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, beliau mengucapkan syabas atas kejayaan PKPP meskipun merupakan sebuah agensi kerajaan negeri masih berupaya membuktikan setanding dengan badan korporat yang berjaya khususnya di Negeri Pahang melalui pemantapan dan pemerkasaan pengurusan organisasi yang cemerlang.


Selain itu, beliau turut berkongsi kaedah penurunan kuasa (delegate) dengan kebolehpercayaan (trust) bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.


Syabas dan tahniah kepada 15 orang penerima yang membawa pulang sijil, plak serta Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. Semoga ia menjadi pemangkin untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang pada tahun mendatang.


img
img

img
img

img
img