Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 PKPP

     Kem Nemo, Beserah, 3 Mac 2020 (Selasa) – Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 dengan meriahnya di Dewan Serbaguna Kem Nemo, Beserah, Kuantan, bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan jasa bakti serta komitmen dan dedikasi sepanjang tahun 2019.


Majlis telah dirasmikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang; Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan beliau seterusnya telah menyampaikan anugerah tersebut kepada penerima anugerah. Majlis telah dihadiri oleh Anggota Perkhidmatan PKPP.


Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada 20 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2019.


Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua Anggota Perkhidmatan PKPP, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

img
img

img
img

img
img