Anugerah Ladang Terbaik PKPP 2019

     Seusai pembentangan, telah diadakan satu Majlis Anugerah Ladang terbaik PKPP Tahun 2019 di Dewan Orkid, DRBR. Penganugerahan prestasi ladang dinilai berdasarkan beberapa faktor seperti hasil BTS (mt/ha), kos pengeluaran dan keuntungan bersih per mt dan peratusan peningkatan hasil BTS berbanding tahun sebelum. Anugerah ladang terbaik bagi tahun 2019 telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Anugerah Peningkatan Hasil Terbaik, Anugerah Prestasi Kewangan Terbaik dan Anugerah Inisiatif dan Usaha Terbaik. Bagi Anugerah Peningkatan Hasil Terbaik disandang oleh Ladang Penor Lagenda. Manakala bagi Anugerah Prestasi Kewangan Terbaik dianugerahkan kepada Ladang Kemayan. Ladang Warisan Sabak pula menyandang Anugerah Inisiatif dan Usaha Terbaik. Kesemua penerima membawa pulang wang tunai RM 5000 beserta plak penghargaan.

img
img

img
img