Majlis Aku Janji Dan Akta Rahsia Rasmi 1972 Untuk Lantikan Baharu Anggota Perkhidmatan PKPP

     Majlis Aku Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk lantikan baharu anggota perkhidmatan PKPP telah berlangsung pada 04 Januari 2021 bertempat di Bilik Gerakan PKPP dan diserikan dengan kehadiran YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus serta pengurusan kanan PKPP.


Ketua Pegawai Eksekutif mewakili pihak pengurusan PKPP mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan anggota perkhidmatan yang menerima tawaran lantikan seterusnya melaporkan diri sehari sebelumnya bagi memulakan karier baharu di PKPP. Beliau memberikan amanat supaya lantikan baharu sentiasa mengamalkan budaya kerja yang profesional serta menjalinkan kerjasama yang baik dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan harmoni.


Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif turut menyarankan penglibatan yang aktif di dalam aktiviti luar bidang tugas seperti Kelab Sukan dan Kebajikan PKPP, Koperasi PKPP serta lain-lain kegiatan yang bermanfaat. Di akhir acara ringkas ini, semua anggota perkhidmatan baharu membaca Aku Janji dan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dipimpin oleh Encik Mohd Syafiq bin Hasim.

img
img

img
img

img
img