Taklimat Pengurusan Kewangan Secara Efektif Oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

     Kuantan, 24 Mac 2021 – Kehadiran Puan Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), diiringi oleh Puan Hajah Sharifah Norjannah binti Syed Agil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) bagi merasmikan program Taklimat Pengurusan Kewangan Secara Efektif oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Taklimat mengenai Urus Wang Minda Tenang telah disampaikan oleh Penasihat Kewangan AKPK, iaitu Encik Zaidi bin Ya’acob manakala Puan Chong Soon Lan mengenai Penipuan dan Jenayah Kewangan dalam Era Digitalisasi.


Perkongsian tersebut memberi kesedaran kepada semua agar mempunyai perancangan kewangan yang teratur dan konsisten demi meneruskan kelangsungan kehidupan dalam memenuhi keperluan serta kehendak. Amalan menabung perlu dititikberatkan untuk kegunaan jangka masa hadapan bergantung dengan situasi ekonomi globalisasi kini. Di samping itu, sentiasa berwaspada jika dimanipulasikan oleh jenayah siber melalui pelbagai helah yang dilakukan.


Taklimat ini merupakan inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada anggota perkhidmatan PKPP baharu terutamanya dalam menangani masalah berkaitan pengendalian pengurusan kewangan serta pendedahan kemahiran untuk menguruskan kewangan peribadi masing-masing.

img
img

img
img