Lawatan Pengurusan Ke Ladang Sri Ramin

Sekitar lawatan Pengurusan diketuai oleh YH Dato’ Hajah Sarwah binti Mohamed Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) ke Ladang Sri Ramin yang terletak di Bandar 2, Paloh Hinai. Lawatan ini bagi meninjau kemajuan program penanaman semula yang melibatkan tiga fasa.


Fasa pertama (blok A, C, E) meliputi keluasan 323 ha telah bermula pada 2022 dan telah selesai pada 30 Okt 2023. Fasa kedua (blok B, D, F) pula melibatkan kawasan seluas 301 ha telah bermula awal tahun ini dengan kerja-kerja awal seperti 'chipping dan staking' telah siap sepenuhnya dan sedang melaksanakan pembinaan teres dan penanaman anak pokok.


Manakala fasa ketiga (blok G,H) akan bermula pada 2025. Program penanaman semula bagi ketiga-tiga fasa ini menggunakan anak pokok SK (Sawit Kinabalu) yang disasarkan boleh mencapai hasil 30 mt/ha.


img
img

img
img