Majlis Perjumpaan YH Dato' Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP

Acara awal tahun dimulakan dengan Majlis Perjumpaan YH Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Anggota Perkhidmatan PKPP yang telah diadakan di Bilik Gerakan dan dihadiri oleh barisan Pengurusan Kanan PKPP.


Ketua Pegawai Eksekutif telah berkongsi mengenai status semasa pelaksanaan dan pencapaian Pelan Strategik PKPP 2020-2025 yang bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa setiap anggota perkhidmatan mempunyai peranan dalam menjayakan perancangan serta kejayaan PKPP mendatang.


Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif turut menjelaskan kepada semua hadirin dengan soalan-soalan, pandangan mahupun cadangan dalam meningkatkan profesionalisme yang berkarisma. Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar Aku Janji PKPP dan diharapkan dengan ikrar ini anggota perkhidmatan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berintegriti dan berdedikasi sebagai penjawat awam PKPP.


img
img

img
img

img
img