Ceramah Berkaitan Kes Jenayah Siber "Pemahaman Ancaman Keselamatan Siber

Ceramah Berkaitan Kes Jenayah Siber “Pemahaman Ancaman Keselamatan Siber” berlangsung di Dewan ILI, PKPP yang dihadiri oleh Pengurusan Kanan dan anggota perkhidmatan.


Sesi ceramah telah disampaikan oleh Tuan ASP Rahmat Fitri bin Abdullah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Beliau juga merupakan duta anti scam dan aktif di media sosial dalam memberi kesedaran kepada orang awam.


Beliau telah berkongsi mengenai bagaimana mengenal pasti scammer dan cegah scammer yang meliputi pencurian data peribadi, panggilan telefon, tawaran kerja, e-dagang, parcel dan love scam. Diharapkan segala maklumat dan tip-tip yang diberikan anggota lebih berhati-hati dalam menangani scammer yang semakin berleluasa dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu pihak polis mencegah isu scammer di negara ini.


img
img

img
img

img
img

img
img