Bengkel Pemahaman Piawaian Perakaunan Bagi Sektor Awam (MPSAS) dan Aplikasi Kepda Penyata Kewangan

Bengkel Pemahaman Piawaian Perakaunan Bagi Sektor Awam (MPSAS) dan Aplikasi Kepada Penyata Kewangan berlangsung pada 23 – 25 Januari 2024 di Swiss-Belhotel Kuantan dengan penglibatan seramai 31 orang peserta kursus yang terdiri daripada PKPP dan Syarikat Kumpulan PKPP. Keseluruhan agenda bengkel telah dikendalikan oleh Puan Sabrina Syazlin binti Saaid merupakan Pengurus Kanan daripada Syarikat Juruaudit Tetuan Afrizan Tarmili Khairul Azhar (AFTAAS).


Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan dengan piawaian MPSAS, termasuklah ketersediaan agensi terhadap peralihan piawaian yang akan diguna pakai dalam pembentangan Penyata Kewangan. Selain itu, bagi meningkatkan pengukuran prestasi kewangan entiti awam dan kedudukan kewangan serta menyediakan maklumat yang telus akan kemampanan (sustainability) Kerajaan.


Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menyediakan Penyata Kewangan PKPP yang lebih sistematik serta mampan berdasarkan kepada peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan.


img
img

img
img